Johor BahruSports

Tuah iringi Davies bersama JDT

By October 7, 2020 June 22nd, 2021 No Comments
Published on October 3, 2020 | by hmetro.com.my

Johor Bahru: Bek kanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Matthew Davies menganggap dirinya bertuah walaupun beraksi musim pertama bersama pasukan itu namun berjaya membantu Harimau Selatan menjuarai Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut.

Apa pun, Davies tampak enggan mendabik dada dengan kejayaan itu, sebaliknya menegaskan kerjasama berpasukan memainkan peranan penting bagi merealisasikan sasaran merangkul kejuaraan liga elit domestik.

Bagaimanapun, bekas pemain Pahang itu agak terkilan tatkala terlepas lima perlawanan liga selepas mengalami kecederaan ketika menentang Felda United, 14 Mac lalu sebelum saingan liga ditangguhkan akibat pandemik Covid-19.

“Ini aksi pertama selepas saya berehat agak panjang akibat kecederan. Pujian harus diberikan kepada barisan JDT yang beraksi konsisten sepanjang ketiadaan saya dalam skuad itu tatkala menjalani proses pemulihan.

“Ia satu penghormatan kepada saya apabila berada dalam pasukan JDT yang muncul juara liga buat kali ketujuh berturut-turut dan realitinya amat sukar untuk mengecapi kejayaan tanpa dorongan kuat daripada Tunku Ismail (Sultan Ibrahim) yang begitu mengambil berat setiap pemain,” katanya.

“Untuk aksi seterusnya saya akan tumpukan saingan Piala Malaysia dan akan perkemaskan lagi corak permainan bagi persiapan menghadapi Liga Juara-Juara Asia (ACL) yang bakal bersambung tidak lama lagi,” kata Davies.